Search This Blog

Sunday, July 20, 2014

Tersepit atas traktor sendiri


Bagan Serai: Seorang pengurus tapak projek maut dihempap selepas tersepit pada besi yang diubah suai di sebuah traktor dalam kejadian di Kilometer 198.8, Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Bagan Serai, kelmarin.
Dalam kejadian jam 4.30 petang, Lee Ka Toh, 35, mati akibat cedera parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi berkata, pihaknya dimaklumkan berkaitan kejadian oleh kakitangan syarikat penyelenggara tapak projek itu, jam 4.45 petang.
“Siasatan awal mendapati besi penahan berat yang diubah suai terjatuh ke atas leher dan kepala mangsa menyebabkannya tersepit di atas traktor.

“Mangsa maut di tempat kejadian akibat cedera parah. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Mat Fauzi berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya semalam.
Foto
KEADAAN mangsa ketika ditemui.
Sementara itu, seorang daripada pekerja di tapak projek berkenaan yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian mereka menunggu masa untuk pulang.

“Sementara menunggu rakan lain membersihkan diri, mangsa memaklumkan dia mahu membersihkan peralatan di atas traktor sebelum menyimpannya di dalam stor.
“Selepas hampir 10 minit, dia tidak muncul lalu kami pergi ke lokasi traktor dan menemui mangsa dalam keadaan mengerikan,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/20

No comments:

Post a Comment