Search This Blog

Friday, July 4, 2014

Tercampak atas bumbung


Melaka:“Kaki saya lembik dan hati berdebar sebaik menerima berita itu,” kata Regina Anak Bantin, 34, kakak kepada Santa, 23, yang maut dalam kemalangan negeri di Jalan Kem Terendak, Kem Terendak, Sungai Udang, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian pada jam 8.20 malam itu, Santa yang bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang di Alor Gajah, maut di tempat kejadian akibat parah di kepala dan anggota badan selepas tercampak di atas bumbung kereta Perodua Kancil yang dinaiki tiga beranak. 
Dipercayai ketika kejadian, mangsa yang menunggang Yamaha LC dari pos kawalan pintu Tanjung Bidara ke pos kawalan pintu Sungai Udang kem itu cuba memotong kenderaan di hadapan sebelum masuk ke laluan bertentangan. 

Motosikal ditunggang mangsa bertembung dengan Perodua Kancil dinaiki anggota tentera wanita berusia 28 tahun bersama dua anak lelakinya berusia enam dan dua tahun yang berada di laluan bertentangan.
Foto
MOTOSIKAL dan kereta yang terbabit kemalangan rosak teruk.

Pelanggaran itu mengakibatkan mangsa tercampak di atas bumbung kereta dan maut di tempat kejadian, manakala pemandu serta penumpang kereta mengalami cedera ringan.

Regina berkata, dia hanya mengetahui mengenai kejadian selepas dihubungi seorang individu pada jam 8.30 malam ketika berada di rumahnya di Lendu, Alor Gajah. 

“Saya memandu ke tempat kejadian tetapi sebaik tiba, mayatnya sudah dibawa ke Hospital Melaka. 

“Kali terakhir saya berjumpanya pada jam 1 petang semalam (kelmarin) sebelum dia keluar dari rumah, ketika itu mendiang sempat bertanya sama ada seluar baru dibelinya kelihatan cantik atau tidak,” katanya ketika ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Melak. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Salehhudin Abdul Rahman mengesahkan menerima laporan berhubung kemalangan itu.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/04

No comments:

Post a Comment