Search This Blog

Wednesday, July 23, 2014

Tengkuk dihimpit lif


Gerik: “Saya sempat membekalkan arwah dua bekas agar-agar kegemaran untuk juadah berbuka bersama-sama rakan sekerja.
“Namun, dia tidak sempat menjamah apabila lehernya tersepit di besi lif pemunggah barang di tempat kerjanya semalam (kelmarin),” kata Radziyah Khamis, 61. 
Radziyah, ibu kepada Noor Shamila Abu, 19, dari Kampung Batu 6, Bandariang di sini, meninggal dunia di tempat kejadian apabila tengkuknya tersepit di lif berkenaan ketika cuba mengambil barang di tingkat atas sebuah kedai menjual barang runcit dan ubat di pekan Gerik. 

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, mangsa dikatakan menjenguk ke bawah dari lif yang dinaikinya seorang diri di tingkat satu kira-kira lebih empat meter tinggi dan pada masa sama dia tertekan butang turun menyebabkan tengkuknya tersepit.
Foto
PEKERJA maut lima minit sebelum waktu berbuka.

Lebih memilukan kejadian berlaku lima minit sebelum waktu berbuka puasa.

Radziyah berkata, anak bongsu daripada sembilan beradik itu sempat mengucapkan selamat tinggal kepadanya dan adik-beradik yang lain ketika mahu menaiki motosikal ke tempat kerjanya kira-kira jam 8.30 pagi kelmarin. 

Sharmila bekerja sementara sejak sebulan lalu sebelum dijangka memasuki universiti pada September depan selepas menamatkan kursus Matrikulasi di Kolej Matrikulasi Johor, Tangkak. 


Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/23

No comments:

Post a Comment