Search This Blog

Friday, July 11, 2014

Tembakan di Texas, enam terkorban


PASUKAN polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian tembakan yang mengorbankan enam orang termasuk empat kanak-kanak dan dua dewasa di Spring, Texas, semalam. - AGENSI
SPRING, Texas 10 Julai - Sekurang-kurangnya enam orang terkorban termasuk empat kanak-kanak, manakala seorang lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah rumahnya, di sini, semalam.
Menurut laman web arabnews.com, suspek yang dipercayai bapa kepada kanak-kanak tersebut kemudian menyerah diri selepas dikepung pasukan polis selama tiga jam berhampiran kawasan rumah berkenaan.
Dalam kejadian tersebut, seorang remaja yang berada dalam keadaan kritikal berjaya menghubungi polis dan memberitahu bahawa bapanya merancang ke rumah neneknya untuk membunuh mereka semua.
Suspek kemudian cuba melarikan diri tetapi akhirnya berjaya ditahan.
Pegawai Syerif Daerah Harris, Thomas Gilliland, berkata, suspek kemudian menyerah diri selepas disoal siasat selama dua jam.
Pasukan polis tiba di kawasan rumah berkenaan pada petang semalam, dan menemui dua mayat dewasa dan tiga lagi kanak-kanak, manakala seorang lagi kanak-kanak dilaporkan meninggal dunia di hospital.
Kata Gililand, suspek yang berusia dalam lingkungan 30-an itu, telah berpisah dengan ibu kanak-kanak berkenaan yang tiada di rumah ketika kejadian itu berlaku.
"Kejadian ini berpunca daripada masalah dalaman dan perpecahan keluarga," kata seorang pegawai.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140711/lu_11/Tembakan-di-Texas-enam-terkorban#ixzz376lxHmtN
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment