Search This Blog

Saturday, July 12, 2014

Tauke pasar mini didenda RM25,000

Tauke pasar mini didenda RM25,000
AH KON dan Pett Youn didenda RM25,000 selepas mengaku bersalah simpan rokok seludup pelbagai jenama di pasar mini mereka November tahun lalu. 
Ayer Keroh: Sepasang suami isteri masing-masing di denda RM12,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan menyimpan rokok seludup pelbagai jenama di pasar Ah Kon dan Pett Youn didenda RM25,000 selepas mengaku bersalah simpan rokok seludup pelbagai jenama di pasar mini mereka November tahun lalu.

Gan Ah Kon, 65, dan isterinya, Yong Pett Youn, 54, didakwa bersama- sama menyimpan barang larangan import iaitu sebanyak 19,936 batang rokok pelbagai jenama bernilai RM1,226.80 dengan niat untuk mengelak larangan import. Majistret Sasha Diana Sabtu juga memerintahkan tertuduh dipenjara dua tahun jika gagal membayar denda.

Kesalahan itu didakwa di Pasar Mini Youn, Jalan Desa Duyong 11, Taman Desa Duyong di sini, jam 10.30 pagi, pada 22 November 2013.
Bagi kesalahan itu, mereka dituduh mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 135(1)(iii)(aa) akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dijatuhi hukuman denda RM12,268 hingga RM24,536 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Mengaku salah 

Kedua-dua tertuduh mengaku salah terhadap tuduhan itu di hadapan Majistret Sasha Diana. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Kastam Diraja Malaysia Melaka, James Ho, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

No comments:

Post a Comment