Search This Blog

Wednesday, July 23, 2014

Suami didakwa cederakan isteri


KUALA LUMPUR 22 Julai - Seorang pekerja penyelenggara alat pemadam api mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan serta mendatangkan ketakutan kepada isterinya, minggu lalu.
Muhammad Ariffin Abdullah, 46, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Fatimah Muhammad Iqbal, 38, di tepi jalan hadapan Bangunan Menara Orkid, Sentul di sini pada pukul 7.30 pagi 18 Julai lalu.
Bagi pertuduhan mencederakan isteri, tertuduh didakwa mengikut 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda atau kedua-duanya.
Bagi pertuduhan mendatangkan ketakutan kepada mangsa, Muhammad Ariffin didakwa mengikut Seksyen 506 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Tan Sew Ping manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Majistret Saifulakmal Said membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 25 Ogos ini sebutan semula kes.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140723/ma_06/Suami-didakwa-cederakan-isteri#ixzz38EzyKkIe
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment