RAZALI(dua dari kanan) memeriksa kotak dipenuhi botol dan plastik minyak masak di sebuah gudang di Kampung Kolam, Padang Besar, semalam. |
Timbalan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Perlis,Razali Lebai Salleh, berkata dalam serbuan pertama 8,933 kilogram(kg) minyak masak bungkusdan 12,050 kilogram tepung gandum pelbagai jenama dirampas kerana dipercayai disorok di premis berkenaan untuk diseludup dengan anggaran nilai RM50,000.
“Dalam serbuan berasingan di sebuah lagi gudang menyimpan bawang pula, anggota kami bersama Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) merampas 500 kilogram (kg) minyak masak pek 1kg setiap satu, selain 480kg minyak masak dalam botol serta 5,410kg tepung gandum pelbagai jenama yang nilainya dianggarkan RM9,000.
Disyaki mahu diseludup
“Semua barang disyaki untuk diseludup ke negara jiran kerana diselitkan dalam muatan bawang,” katanya. Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.
Sementara itu, Razali berkata, dalam satu lagi serbuan di sebuah lagi gudang berdekatan, penguat kuasa KPDNKK merampas 500kg minyak masak pek 1kg, selain 480kg minyak masak dalam botol serta 5,410kg tepung gandum pelbagai jenama yang nilainya dianggarkan RM9,000.
“Pemeriksaan awal mendapati lesen pemilik gudang untuk menyimpan minyak masak dan tepung gandum tamat awal tahun ini.
No comments:
Post a Comment