Search This Blog

Tuesday, July 15, 2014

'Spiderman' didenda RM1,000


KEOW Wee Loong menutup muka sebaik sahaja kes perbicaraannya selesai atas pertuduhan memanjat bangunan tanpa kebenaran di Mahkamah Majistret, Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA
KUALA LUMPUR 14 Julai - Gara-gara melakukan aksi ala 'Spiderman' dengan memanjat bangunan 1 Sentrum, KL Sentral setinggi 32 tingkat, seorang jurugambar sambilan didenda RM1,000 atau penjara satu bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Majistret Nur Azura Murah menjatuhkan hukuman itu terhadap Keow Wee Loong, 26, selepas lelaki itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan memanjat di tingkat 32, bangunan tersebut kira-kira pukul 2.30 petang, 29 Jun lalu.
Pertuduhan terhadap lelaki itu dikemukakan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya.
Mengikut fakta kes, Wee Loong memanjat bangunan tersebut dari tingkat luar bangunan sebelum dia ditangkap oleh pengawal keselamatan ketika berada di tingkat 32 menara tersebut.
Lelaki yang memakai blazer berserta kemeja hitam dan seluar jeans dilihat 'bersahaja' ketika pertuduhan dibacakan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, S. Ravindran manakala Wee Loong diwakili peguam Latheefa Koya.
Wee Loong dibebaskan selepas membayar denda.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140715/ma_04/Spiderman-didenda-RM1000#ixzz37UD28lum
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment