Search This Blog

Wednesday, July 23, 2014

Seorang maut, tiga cedera



ANGGOTA bomba dan penyelamat mengeluarkan mayat Mohamad Hanif Mohmed Jelas yang tersepit dalam kereta Naza Citra dalam kemalangan membabitkan ambulans di Kilometer 12, Bota Kanan-Teluk Intan, Perak, kelmarin.
IPOH 22 Julai - Seorang lelaki maut, seorang cedera parah manakala dua yang lain cedera ringan dalam nahas melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan sebuah ambulans di Kilometer 12, Bota Kanan-Teluk Intan, semalam.
Dalam kejadian pukul 5.35 petang itu, mangsa yang terbunuh ialah Mohammad Hanif Mohmed Jelas, 24, yang tersepit di tempat duduk pemandu MPV Naza Citra.
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Pemandu ambulans, Roslee Hussin, 46, yang cedera parah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan lanjut manakala pembantu pemandu, Rizam Marwan, 37, dan pembantu perubatan, Mohamad Faizal Mohamed Ameen, 22, menerima rawatan pesakit luar di Hospital Changkat Melintang.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supritendan Mohd. Fakri Che Sulaiman berkata, kejadian berlaku semasa ambulans itu dalam perjalanan dari Bota Kanan ke Klinik Kesihatan Changkat Lada, Kampung Gajah.
Katanya, sebaik sahaja tiba di tempat kejadian yang merupakan laluan berselekoh, MPV berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan.
"Berikutan itu, kedua-dua kenderaan terbabit bertembung," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mohd. Fakri berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Changkat Melintang untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga mangsa.
Katanya, siasatan sedang dilakukan bagi mengenal pasti punca kejadian mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140723/je_01/Seorang-maut-tiga-cedera#ixzz38F0xFsMQ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment