ANGGOTA PCS mengadakan mogok di luar bangunan Parlimen membantah pemotongan gaji dan perbelanjaan oleh kerajaan sebagai langkah penjimatan, di London, kelmarin. - REUTERS
LONDON 10 Julai - Lebih sejuta pekerja sektor awam menyertai mogok di seluruh Britain, hari ini sebagai membantah pemotongan gaji dan perbelanjaan yang dikuatkuasakan oleh kerajaan sebagai langkah penjimatan.
Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Perdagangan (PCS), Frances OGrady berkata, mogok itu yang terbesar sejak kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri David Cameron berkuasa pada 2010, membabitkan semua lapisan pekerja awam termasuk guru, atendan tempat letak kereta dan tukang sapu jalan.
Menurut OGrady, tindakan Cameron membekukan gaji sektor awam pada 2010 selama dua tahun dan sejak itu mengehadkan kenaikan bayaran sebanyak satu peratus setahun, menyebabkan pendapatan pekerja awam tidak mampu mengimbangi kos sara hidup.
"Disebabkan itu, mogok pada hari ini perlu mendapat sokongan daripada sektor awam yang mahu mendapat faedah sama apabila ekonomi negara pulih kembali," katanya. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140711/lu_13/Sejuta-pekerja-sertai-mogok-di-Britain#ixzz376mRV2UG
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment