Search This Blog

Friday, July 4, 2014

Remaja maut motosikal rempuh paip air, pokok


IPOH 4 Julai - Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 3, Jalan Gopeng - Batu Gajah, dekat sini awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12.35 pagi itu, mangsa, G. Ravinren maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan.
Ketua Polis Daerah Kampar, Supritendan Ng Kong Soon berkata, ketika kejadian, mangsa yang bekerja sebagai pembantu di kedai besi dekat Batu Gajah itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Seri Jaya, Batu Gajah.
Sebaik sahaja tiba di tempat kejadian katanya, motosikal jenis Honda EX-5 yang dinaiki mangsa gagal dikawal sebelum melanggar sebatang paip air di bahu kiri jalan.
“Mangsa kemudiannya merempuh pula sebatang pokok kira-kira enam meter dari tempat dia terlanggar paip air.
“Ini menyebabkan mangsa terjatuh dari motosikalnya dan dia yang mengalami kecederaan parah meninggal dunia di tempat kejadian,’’ katanya kepada pemberita di sini semalam.
Kong Soon berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya.
Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140704/je_01/Remaja-maut-motosikal-rempuh-paip-air-pokok#ixzz36RjO7t6l
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment