Search This Blog

Friday, July 4, 2014

‘Pulanglah Along!’


Bukit Beruntung: “Kami sayu berpuasa tanpa Along sepanjang Ramadan kali ini. Pulanglah segera nak. Emak sakit jantung mengenangkan nasib kamu di negara orang,” kata Rozini Talib, 49, ibu kepada Salman Al Farishi, 22, salah seorang rakyat Malaysia yang terbabit dalam gerakan militan di Syria.
Menurutnya, Along anak sulung daripada lima beradik meninggalkan mereka sejak akhir Februari lalu ke Syria bagi menyertai ‘misi kemanusiaan’ di sana, namun masih belum pulang. 
Katanya, ketika berbuka puasa dan bersahur dia pasti menangis mengenangkan Along yang memilih pendekatan membahayakan diri sendiri itu. 

“Along suka makan bubur ayam ketika berbuka puasa setiap tahun. Saya tidak berselera makan mengenangkan Along yang tidak bersama kami keluarga.
Foto

“Kami sentiasa merinduinya yang sangat periang dalam keluarga. Sambutan Ramadan tahun ini tidak bermakna,” katanya yang ditemui wartawan Harian Metro di rumahnya, di Taman Bunga Raya, di sini.

Salman dilaporkan menyertai Negara Islam Iraq dan Sham (ISIS) di Syria selepas dipelawa rakannya, Ahmad Tarmimi Maliki, 26 yang berasal dari Gombak. 

Sehingga kini, Rozini hanya dapat berkomunikasi dengan anaknya itu melalui media sosial (Wechat) sahaja pada sambutan Hari Bapa, 11 Mei lalu. 

“Along menyatakan dia sihat di Syria. Saya pujuk dia pulang bersama keluarga dan juga menasihatkannya supaya tidak melakukan aktiviti yang membahayakan nyawanya. 


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/04

No comments:

Post a Comment