Search This Blog

Wednesday, July 23, 2014

Pulang temui ibu dibunuh


Kota Tinggi: Kegembiraan seorang anak pulang ke kampung lebih awal untuk menyambut Aidilfitri bersama ibu, bertukar membawa kesedihan apabila menemui wanita itu mati dibunuh dalam rumahnya di Felda Lok Heng Barat di sini, kelmarin.
Jariah Abu Bakar, 62, ditemui terbaring tidak bernyawa dengan kecederaan di kepala di ruang tamu oleh anak perempuannya yang baru tiba dari Kuala Lumpur jam 11 malam bersama keluarganya. 
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Rahmat Othman berkata, wanita itu pelik apabila ibunya tidak membuka pintu selepas beberapa kali dipanggil sebaik dia tiba bersama keluarganya. 

Menurutnya, wanita itu mengintai ke dalam rumah melalui tingkap dan terkejut melihat ibunya terbaring dengan kepala berlumuran darah.
Foto
EMPAT suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Tinggi untuk perintah tahanan reman.

“Balai Polis Bandar Penawar menerima panggilan pada jam 12.05 tengah malam dan bertindak atas maklumat itu, pasukan anggota ke tempat kejadian.

“Berdasarkan siasatan di tempat kejadian, ibu tunggal terbabit adalah mangsa samun yang bertukar menjadi mangsa bunuh. Barang kemas dan barang berharga turut hilang dari rumah berkenaan,” katanya. 


Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/23

No comments:

Post a Comment