Search This Blog

Wednesday, July 30, 2014

Public Bank dibom perompak



SERPIHAN kaca yang bertaburan di hadapan cawangan Public Bank di Bukit Sentosa, Rawang yang rosak akibat dibom penjenayah semalam.


RAWANG – Sebuah cawangan Public Bank di Bukit Sentosa di sini semalam mengalami kerosakan teruk angkara dibom sekumpulan penjenayah yang cuba melarikan wang di dalam mesin juruwang automatik (ATM) di bank itu sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 5 pagi itu, dinding, pintu kaca depan, siling dan dinding bank terbabit rosak sama sekali ekoran sejenis bahan letupan buatan sendiri yang dipasang di pusat perkhidmatan bank di dalam bank itu meletup.
Bagaimanapun, bom buatan sendiri yang dipasang di luar bank berkenaan tidak meletup dan berjaya dimatikan oleh polis dari Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.
Satu sumber berkata, bom yang meletup itu diletakkan berhampiran lapan buah mesin ATM iaitu dua buah mesin deposit tunai (CDM), tiga mesin deposit cek dan tiga mesin pusingan semula tunai.\


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0730&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz38u7cVHiZ 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment