Search This Blog

Friday, July 11, 2014

Premis 'Zhang Jian' diserbu


JOHOR BAHRU 10 Julai - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri menyerbu sebuah premis di Taman Sutera, Skudai hari ini kerana disyaki ada kaitan dengan skim cepat kaya dipelopori individu bernama Zhang Jian yang mendakwa sebagai 'Bakal Orang Terkaya Di Dunia'.
Pegawai Penguat Kuasanya, Adyzan Abdul Manap berkata, serbuan pukul 10.30 pagi itu dilakukan selepas pihaknya menerima aduan awam setelah menyedari papan iklan yang memaparkan wajah Zhang Jian di luar premis berkenaan sejak semalam.
"Hasil pemeriksaan ke atas premis itu, kita menjumpai pelbagai produk seperti set pinggan mangkuk, mesin urut, makanan tambahan yang antaranya turut memaparkan wajah Zhang Jian.
"Ketika serbuan dilakukan terdapat tiga pekerja berusia antara 25 hingga 30 tahun berada di dalam premis itu dan kita telah mengambil keterangan mereka untuk membantu siasatan," katanya di sini hari ini.
Akhbar baru-baru ini melaporkan skim cepat kaya yang dipelopori Zhang Jian yang dipercayai telah menarik pelaburan mencecah RM300 juta di seluruh negara itu adalah tidak sah kerana menyalahi Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993.
Adyzan berkata, siasatan awal mendapati premis berkenaan telah beroperasi sejak Mei lalu dan turut menjalankan operasi menerusi laman sosial Facebook.
Beliau berkata, kesemua barangan bernilai kira-kira RM20,000 itu telah disita untuk tindakan selanjutnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140711/je_06/Premis-Zhang-Jian-diserbu#ixzz376odTaMz
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment