Search This Blog

Friday, July 4, 2014

Potong pintu


Kuala Pilah: Seorang wanita terpaksa menahan sakit selama 20 minit akibat tersepit di kaki selepas kereta Perodua Viva dipanduberlanggar dengan sebuah lori tiga tan di Kilometer 32 Jalan Seremban-Kuala Pilah berhampiran Balai Polis Tanjung Ipoh, petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superintendan Azmi Abdul Rahim berkata, dalam kemalangan jam 5 petang itu, mangsa, Salina Suparno, 32, dari FELDA Lui Barat dalam perjalanan ke Seremban menaiki sebelum kenderaan itu dipercayai hilang kawalan lalu bertembung dengan lori tanpa muatan itu yang datang dari arah bertentangan.
Katanya, perlanggaran menyebabkan bahagian depan kereta berkenaan remuk teruk hingga menyebabkan kedua-dua belah kaki mangsa tersepit, namun berjaya dikeluarkan dengan bantuan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah.
“Mangsa berjaya dikeluarkan beberapa minit kemudian selepas anggota bomba memotong pintu dan papan pemuka kereta berkenaan dan dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah untuk rawatan,” katanya dihubungi di sini.
Menurut Azmi, kemalangan itu turut membabitkan sebuah kenderaan lain iaitu Toyota Vios apabila bergesel dengan lori berkenaan.
“Selepas berlanggar dengan Perodua Viva itu, lori berkenaan berpusing beberapa kali dan terbalik di laluan bertentangan serta bergesel dengan kereta Toyota Vios dari arah Seremban ke Kuala Pilah.
“Bagaimanapun Toyota Vios itu hanya mengalami kerosakan kecil di bahagian tepi sebelah kanan, katanya.
Beliau berkata, pemandu Perodua Viva kini dalam keadaan stabil dan pihak hospital menyatakan mangsa mengalami luka kecil dan bengkak di bahagian kaki kanannya, kini di tempatkan di wad lapan HTAN.
“Pemandu dan penumpang lori hanya mengalami cedera ringan manakala penumpang dan pemandu kereta Toyota Vios tidak mengalami sebarang kecederaan,katanya.
Foto
ANGGOTA bomba bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/04

No comments:

Post a Comment