Search This Blog

Saturday, July 12, 2014

Polis Miri tahan anak ancam bunuh ibu bapa dengan senapang


12/07/2014 6:21pm

MIRI - Seorang lelaki berusia 31 tahun ditahan polis hari ini tadi setelah bapanya melaporkan kepada pihak berkuasa tindakan anaknya mengancam untuk membunuh ibu bapa kandung sendiri petang semalam.
Ketua Polis Daerah Miri, Gan Tian Kee ketika mengesahkan tangkapan itu berkata, suspek telah ditahan pukul 11.20 pagi tadi di Pondok Kebun, Ladang South Wind di sini dan turut dirampas selaras senapang buatan sendiri dan lima peluru yang dipercayai digunakan untuk mengancam kedua-dua mangsa.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan berdasarkan maklumat daripada bapanya, anaknya sering bertindak agresif apabila mabuk,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Suspek yang dipercayai mabuk pada mulanya hanya bertengkar dengan ibu bapanya di sebuah kebun berhampiran sebuah rumah panjang dikenali Rumah Wing, Sungai Poh Suai Niah pukul 4 petang semalam.
Bagaimanapun, setibanya di rumah suspek turut merosakkan barangan di dalam rumah serta mengancam hendak membakar rumah dan mengancam kedua orang tuanya menggunakan senapang buatan sendiri memaksa bapa mangsa yang berusia 58 tahun membuat laporan polis. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0712&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_14.htm#ixzz37GePd1rN 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment