Search This Blog

Wednesday, July 23, 2014

Perancis: Lima kanak-kanak antara yang terbunuh dalam kemalangan


COURTERANGES, Perancis 23 Julai Sekurang-kurangnya lima orang kanak-kanak yang berusia 10 hingga 12 tahun dan seorang lagi pemandu terbunuh apabila sebuah bas mini bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah berlawanan di sini, semalam.
Pihak berkuasa Perancis berkata, kejadian yang berlaku berhampiran kampung Courteranges di tengah bandar Perancis itu menyaksikan dua kanak-kanak mengalami kecederaan yang teruk.
Menurut seorang saksi, pemandu bas tersebut dikatakan tertidur sebelum merempuh sebuah lori yang datang dari arah yang bertentangan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140723/lu_03/Perancis-Lima-kanak-kanak-antara-yang-terbunuh-dalam-kemalangan#ixzz38Ew107T9
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment