Search This Blog

Tuesday, July 15, 2014

Penyokong Argentina merusuh



PENYOKONG Argentina yang merusuh bertempur dengan polis selepas pasukan itu kalah kepada Jerman pada kejohanan Piala Dunia 2014 di Brazil semalam.


BUENOS AIRES - Polis pencegah rusuhan Argentina membedil gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan berpuluh-puluh remaja yang membaling batu di pusat bandar raya ini kelmarin apabila harapan Argentina memenangi Piala Dunia selepas menunggu selama 28 tahun dimusnahkan oleh pasukan Jerman.
Ramai ibu bapa melarikan diri dari sebuah monumen di sini sambil mendukung anak mereka. Lokasi tersebut menjadi tempat berpuluh-puluh ribu orang berkumpul manakala sejumlah belia mencemuh anggota polis dan cuba membuat kacau.
Media tempatan melaporkan, sekurang-kurangnya 15 anggota polis cedera dan 50 orang ditahan dalam ke- kacauan itu yang menyusul selepas kekalahan Argentina kepada Jerman dengan jaringan 0-1.
Jaringan pada masa tambahan oleh penyerang Jerman, Mario Goetze mengejutkan, sekali gus menghampakan harapan berjuta-juta peminat Argentina untuk merangkul Piala Dunia selepas memenangi kali terakhir pada 1986.
"Kekalahan ini merupakan tamparan kedua. Tiada lagi kegembiraan tetapi kami berada di tempat kedua dan tidak dimalukan seperti Brazil," kata seorang peminat Argentina berusia 10 tahun, Eduardo Manfredi. - Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0715&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz37UFtnuCS 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment