Search This Blog

Friday, July 4, 2014

Penyamun tunggu ATM dibuka

Georgetown: “Mereka mahu kurung kami sekeluarga di satu lokasi yang tidak diketahui menyebabkan saya nekad terjun dari kereta,” kata Ooi Hui Leng, 51, menceritakan detik cemas ketika dia, isteri serta dua anak dilarikan dua penyamun yang menceroboh rumah mereka di Taman Hutchings, di sini, awal pagi, semalam.
Menurutnya, ketika itu dia buntu dan hanya memikirkan keselamatan isteri, Teh Toh Sim, 49, dan dua anak perempuan berusia 13 dan 19 tahun membuatkannya sanggup terjun apabila kereta terbabit yang berhenti di persimpangan lampu isyarat di Megamall Prai, di sini, kira-kira jam 6.30 pagi. 
“Ketika itu saya hanya memikirkan mahu mendapatkan bantuan segera kerana jika tidak, kami sekeluarga akan dikurung penjenayah berkenaan di satu tempat yang tidak diketahui.

“Tindakan saya terjun dari kereta sebelum meminta pertolongan pengguna jalan raya lain untuk dihantar ke balai polis membuatkan penjenayah menjadi takut dan membebaskan isteri dan dua anak di tepi jalan di Tikam Batu, Kedah, kira-kira 20 minit kemudian,” katanya.
Foto
ANGGOTA polis menyiasat kediaman mangsa, semalam.

Ooi berkata, penjenayah ketika itu mula bimbang dikesan polis membuatkan mereka meninggalkan anak dan isterinya di tepi jalan dan melarikan kereta Mercedes E200 kelabu miliknya ke lokasi yang tidak diketahui.

“Isteri saya memberitahu dia turut dipukul suspek kerana mereka berang tindakan saya terjun dari kereta, namun mujur dia hanya mengalami kecederaan ringan.

“Dia dan dua anak kemudian ditinggalkan di tepi jalan sebelum terserempak seorang penunggang motosikal yang memberi bantuan,” katanya.

Terdahulu, dalam kejadian jam 4.30 pagi, semalam, dua penyamun berkenaan menceroboh rumah Ooi yang bertugas sebagai juruteknik penyaman udara ketika mereka empat beranak sedang tidur.





Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/04

No comments:

Post a Comment