Search This Blog

Wednesday, July 23, 2014

Pencuri bodoh


West Frankfort: Polis yang menyiasat kes mencuri pakaian dan barang kemas dari sebuah butik di selatan Illinois berkata, mereka menahan seorang wanita selepas dia memuat naik gambarnya memakai barang curi itu ke Facebook.

Stesen televisyen tempatan melaporkan polis menangkap Danielle Saxton, 27, baru-baru ini atas tuduhan mencuri.


Pemilik bersama butik berkenaan sebelum itu bertindak memuat naik barangan yang dicuri Danielle ke laman Facebooknya.

Kurang dua jam selepas itu, ada pengunjung laman itu mengirim pautan yang dimuatnaikkan Danielle dengan gambarnya berpakaian satu daripada baju yang dilapor dicuri.


Danielle turut menulis ‘Love my dress’ (Suka baju saya) pada gambar itu.


“Saya menelefon polis mengenai perkara itu dan mereka terus ke rumah wanita berkenaan untuk menangkapnya,” kata pemilik berkenaan Gay Williams Morton. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/23

No comments:

Post a Comment