Search This Blog

Wednesday, July 30, 2014

Pemandu bot maut langgar batang kelapa


29 Julai 2014


SETIU - Seorang pemandu bot maut selepas bot yang dipandunya terlanggar batang kelapa di dalam air dalam kejadian berhampiran jeti Merang di sini, hari ini.
 

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 6.45 pagi itu menyebabkan mangsa Rusdi Mohamad, 38, dari Batu Rakit, Kuala Terengganu maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan pada bahagian kepala.
 

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superitendan Ab Rahman Raja Mohamad, berkata mangsa bersama tujuh pekerja resort dalam perjalanan ke tempat bekerja ke Pulau Redang.
 

Katanya selepas lima minit bot yang dipandu Rusdi berlepas dari jeti Merang secara tiba-tiba bot laju berkenaan hilang kawalan lalu merempuh batang kelapa dalam air berhampiran pantai di jeti berkenaan.
 

"Ekoran insiden itu, mangsa yang bekerja sebagai ketua bot dipercayai telah tercampak keluar dari bot berkenaan dan disahkan mati kerana cedera di kepala dipercayai terhentak pada batang kelapa ketika jatuh ke laut," katanya kepada Bernama di sini.
 

Sementara itu kesemua mangsa yang lain tidak mengalami sebarang kecederaan dan berjaya diselamatkan manakala mayat mangsa dihantar ke hospital Setiu untuk dibedah siasat. -Bernama

No comments:

Post a Comment