Search This Blog

Sunday, July 20, 2014

Padah ugut tembak isteri


Sibu: Tindakan seorang lelaki berusia 43 tahun mengugut mahu menembak isteri dan ibu mentuanya mengundang padah apabila dia dicekup polis di sebuah pusat membeli-belah di Jalan Tun Abg Haji Openg, di sini, kelmarin.

Difahamkan suspek melakukan ugutan melalui panggilan telefon ketika mangsa membeli-belah di situ dan kejadian terbabit berpunca daripada perselisihan faham.


Sumber berkata, dalam kejadian jam 8.30 malam itu, mangsa yang bimbang dengan keselamatan mereka bergegas ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan. Bagaimanapun, katanya, suspek yang mengekori mangsa sejak dari awal lagi mengejar mereka dengan kenderaannya, malah turut melanggar belakang kereta mangsa. “Kereta mangsa dilanggar ketika tiba di Balai Polis Sibu, namun perlanggaran itu tidak teruk, sebaliknya ia lebih kepada tindakan menakut-nakutkan mangsa. “Mangsa seterusnya membuat laporan polis dan suspek ditahan jam 11.30 malam di balai polis berkenaan,” katanya. Menurutnya, ketika ditahan, suspek memberi tiga butir peluru yang didakwa ditemuinya dekat rumahnya di Rejang Park Sibu, di sini, tetapi tiada senjata dirampas. “Selepas ditahan, isteri dan ibu mentua lelaki terbabit meminta polis menyerahkannya ke Hospital Sibu kerana didakwa mengalami masalah mental.

“Polis kemudian menghantar lelaki berkenaan ke hospital untuk tindakan lanjut,” katanya.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/20

No comments:

Post a Comment