Search This Blog

Wednesday, July 23, 2014

Padah tertekan butang


Gerik : Seorang remaja maut selepas lif pemunggah barang menghempap bahagian kepalanya dalam kejadian di sebuah kedai ubat di sini kira-kira jam 7.20 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Manab Baharom berkata, mangsa Noor Syarmila Abu, 18, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat pendarahan teruk. 
Menurutnya, pihaknya dimaklumkan oleh rakan sekerja mangsa berhubung kejadian itu sebelum segera ke tempat kejadian. 

"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila mangsa yang baru bekerja beberapa minggu lalu tertekan butang ketika berada hampir dengan lif pengangkut barang itu menyebabkan menghempap bahagian kepalanya.
Foto
KEADAAN mangsa yang maut dihempap lif pengangkut barang di Gerik

"Mangsa berasal dari Kampung Bandariang Bersia di sini difahamkan akan menyambung pelajaran di sebuah universiti tempatan pada September ini," katanya.

Beliau berkata, jenazah mangsa dibawa ke Hospital Gerik untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk pengebumian. 

Katanya, tiada unsur jenayah ditemui berhampiran kawasan kejadian; walau bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/22

No comments:

Post a Comment