Search This Blog

Wednesday, July 30, 2014

Niat baik disalah sangka


Georgetown: “Niat ikhlas ingin membantu, namun saya pula dipukul hingga patah tangan,” kata Muhammad Faiz Abdul Ghani, 20 yang mendakwa dipukul dengan kayu besbol oleh seorang anggota polis ketika cuba memberi pertolongan dalam kejadian di Jalan Balik Pulau, di sini Ahad lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, Muhammad Faiz bersama seorang rakan menunggang motosikal dari Teluk Kumbar menghala ke Balik Pulau. 
Menceritakan kembali kejadian itu Muhammad Faiz berkata, dia dan rakan kemudian terserempak dengan sebuah kereta Honda dinaiki seorang lelaki berhenti di tepi jalan dengan memasang lampu kecemasan dan mereka berniat untuk membantu dan menghampiri lelaki terbabit. 

Menurutnya, sebaik menghampiri kereta terbabit, dia memberi salam kepada pemandunya dan cuba bertanya apa yang boleh dibantu, namun lelaki berkenaan secara tiba-tiba mengeluarkan kayu besbol kerana menyangka dia penyamun.
Foto
MUHAMMAD Faiz menunjukkan tangan kirinya yang patah selepas mendakwa dipukul oleh anggota polis ketika cuba membantu di Jalan Balik Pulau.

“Rakan yang takut dipukul terus memecut motosikal dan saya juga cuba melarikan diri, namun terjatuh di atas jalan sebelum lelaki berkenaan memukul saya tanpa sebarang belas kasihan.

“Saya tidak tahu apa dosa saya kerana niat sebenar memang mahu membantu, namun kini tangan kiri saya pula patah akibat dipukul,” katanya. 


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/30

No comments:

Post a Comment