Search This Blog

Friday, July 11, 2014

Nafi kebas RM1j


Shah Alam: Seorang pekerja pendawaian dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan memperdayakan pengurus besar sebuah syarikat membabitkan kerugian hampir RM1 juta pada Mac lalu.
P Krishnamoorthy, 49, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim G Ramesh.
Krishnamoorthy didakwa menipu pengurus besar Syarikat Metrod (M) Sdn Bhd Raymond Hoo Weng Keong untuk menyerahkan sekeping cek CIMB Bank milik syarikat bernilai RM991,629.30 kepada Wan Mahrom Shah Wan Musa, 45, untuk pembayaran bil elektrik syarikat berkenaan kononnya dengan kadar diskaun dua peratus.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di no 3, Lengkuk Keluli 2, Bukit Raja Prime Industrial Park Klang pada 25 Mac lalu.
Bagi pertuduhan itu Krishnamoorthy berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebat serta boleh didenda jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Raimi Mohd Ramli yang mengendalikan kes menawarkan jaminan RM20,000 terhadap tertuduh.
Krishnamoorthy yang diwakili peguam V Kumar Aval bagaimanapun, memohon jaminan terhadapnya diri- ngankan dengan alasan dia menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi serta perlu menanggung bil perubatannya.
Ramesh menetapkan 13 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan Krishnamoorthy diikat jamin RM10,000 selain diperintahkan untuk menyerahkan pasportnya sehingga kes selesai.
Sementara itu, empat lagi rakan tertuduh, Wan Mahrom Shah Wan Musa, 45, Mohd Norhafiz Ashraf Mohd Shamsuddin, 27,P Surendiran, 36 dan B Murugan, 40,turut didakwa bersubahat dengan penipuan Krishnamoorthy.
Foto
KRISHNAMORTHY dibawa ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menipu pembayaran bil elektrik hampir RM1 juta.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/11

No comments:

Post a Comment