Search This Blog

Saturday, July 12, 2014

Nafi bakar isteri hidup-hidup


Oleh Norul Awatif Romli

Alor Setar: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah, semalam atas pertuduhan membakar isterinya dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Abi Padang Machang, Kangar, Perlis pada awal bulan ini.

Tertuduh Akmal Zakwan Ahmad Zaini, 23, membuat pengakuan berkenaan apabila pertuduhan dibacakan di Unit Kebakaran Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Kangar Rosli Osman kira-kira jam 11.30 pagi.


Mengikut kertas pertuduhan, Akmal didakwa melakukan perbuatan itu terhadap isterinya Shafikah Ismail, 23, di sebuah rumah di Kampung Abi Padang Machang kira-kira jam 9.30 pada 6 Julai lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan jika sabit kesalahan.


Pendakwaan dijalankan Ketua Unit Pendakwaan Perlis Badius Zaman Ahmad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/12

No comments:

Post a Comment