Search This Blog

Wednesday, July 30, 2014

Maut rempuh pokok


Oleh Mohd Khidir Zakaria
Lukut: Seorang lelaki maut manakala rakannya cedera selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terbabas merempuh pokok di Jalan Bukit Palong, di sini, 4.37 pagi ini.

Difahamkan, Toyota Hilux itu dipercayai terbabas dan akibat rempuhan kuat pada pokok menyebabkan seorang mangsa maut di tempat kejadian.


Bagaimanapun,  seorang lagi lelaki terselamat dan hanya cedera di bahagian badan dan kini dirawat di Hospital Port Dickson.

Enam anggota bomba dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson dikejarkan ke tempat kejadian bagi membantu mangsa sejurus menerima panggilan kecemasan jam 4.38 pagi dan tiba 17 minit kemudian.


Menurut sumber bomba, siasatan punca sebenar kejadian sedang dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/30

No comments:

Post a Comment