Search This Blog

Friday, July 11, 2014

Maut digilis treler ketika mahu hadiri temu duga latihan



ANGGOTA bomba dan penyelamat mengangkat jenazah Azah Syazwani untuk dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar semalam.


ALOR SETAR - Luahan seorang gadis bahawa dia berasa berat hati untuk menghadiri temu duga satu skim latihan di sebuah hotel di sini membawa petanda buruk apabila dia menemui ajal dalam satu kemalangan di Batu 2, Jalan Langgar di sini semalam.
Kejadian kira-kira pukul 7.45 pagi itu berlaku ketika mangsa, Azah Syazwani Mohamad Diauddin, 23, (gambar kecil) dalam perjalanan untuk menemui rakannya, Nailil Syuhartini Md. Zin, 24, di sebuah pasar raya besar di sini sebelum bersama-sama ke hotel tersebut bagi menghadiri temu duga.
Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal jenis Modenas Kriss yang ditunggang Azah Syazwani, graduan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, bergesel dengan sebuah treler membawa muatan kayu menyebabkan mangsa terperosok ke bawah kenderaan itu sebelum digilis dan tersepit di celah tayar.
Rakan mangsa, Nailil Syuhartini memberitahu, kali terakhir dia menghubungi Azah Syazwani kira-kira pukul 7.30 pagi dan mangsa memberitahu dia sudah mahu keluar dari rumah kakaknya di Taman Serindit di sini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0711&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz376sUy1uD 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment