Search This Blog

Saturday, July 12, 2014

Lelaki dituduh cuba bunuh isteri selepas 2 tahun menghilangkan diri


BUTTERWORTH 11 Julai - Selepas hampir dua tahun menghilangkan diri, seorang pengawal keselamatan hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan cubaan membunuh isterinya dengan mengelar leher mangsa, dua tahun lalu.
N. Premananth, 43, mengaku tidak bersalah melakukan perbuatan itu terhadap R. Saraswathy, 39, di rumah No. 67, Lorong 15/SS 2, Bandar Tasek Mutiara, Simpang Ampat, Nibong Tebal, dekat sini pada pukul 7.30 pagi, 1 Ogos 2012.
Tertuduh yang ditangkap pada 29 Jun lalu di ibu negara menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan semula kes pada 22 Ogos ini. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140711/ma_07/Lelaki-dituduh-cuba-bunuh-isteri-selepas-2-tahun-menghilangkan-diri#ixzz37Cg9JBgb
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment