Search This Blog

Tuesday, July 15, 2014

Lelaki direman empat hari


SUSPEK
ALOR SETAR 14 Julai - Polis mendapatkan perintah tahanan reman selama empat hari bermula hari ini terhadap seorang lelaki yang dikaitkan dengan ugutan menembak Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir dan Setiausa­ha Sulit Sultan Kedah, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah.
Suspek berusia 37 tahun berasal dari bandar raya ini dibawa ke Mahkamah Majistret di sini kira-kira pukul 10.30 pagi sebelum perintah reman dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Majistret, Rosmini Mat Rashid.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Nashir Ya berkata, suspek ditahan reman selama empat hari sehingga 17 Julai ini bagi membantu siasatan kes tersebut.
"Suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Semalam, lelaki terbabit ditahan di Shah Alam, Selangor pada pukul 5.45 petang ekoran laporan polis berhubung laman sosial Facebook yang menggunakan nama Padi Jantn yang mengeluarkan kenyataan berunsur ugutan terhadap gambar kedua-dua pemimpin berkenaan.
Ia berbunyi, "Jika ada sesiapa yang sanggup bagi aku pistol dan peluru nescaya aku akan tembak mampus dua makhluk ini dulu sebelum tembak Sonny Ho si kafir harbi".
Satu lagi komen, "Dengan puak ini bukan boleh cakap dengan Facebook bro! Kena cakap dengan peluru. Sama la juga dengan Zionis dan Yahudi dalam UMNO, kena cakap dengan peluru or anak panah ja".


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140715/ma_05/Lelaki-direman-empat-hari#ixzz37UDB56az
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment