Search This Blog

Tuesday, July 15, 2014

Lapangan terbang utama Libya diserang


TRIPOLI 15 Julai - Sebuah lapangan terbang utama Libya terpaksa ditutup selepas kumpulan militia anti-Islam yang mengawal premis itu diserang sekumpulan militan yang menjadi pesaing mereka dalam satu kejadian di sini, pagi kelmarin.
Jurucakap kementerian kesihatan berkata, kejadian berbalas-balas tembak di lapangan terbang yang terletak kira-kira 30 kilometer dari ibu negara ini mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terbunuh dan 25 lagi cedera.
Menurut jurucakap lapangan terbang itu, roket dilancarkan dari kawasan perimeter lapangan terbang pada pukul 6 pagi waktu tempatan oleh kumpulan militan ke atas kumpulan militia Zintan yang mengawal premis tersebut. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140715/lu_01/Lapangan-terbang-utama-Libya-diserang#ixzz37UARqv1H
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment