Search This Blog

Friday, July 11, 2014

Lapan kenderaan remuk dilanggar bas


Nibong Tebal: Lapan kenderaan remuk selepas dilanggar sebuah bas kilang ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat Tambun Indah, Jalan Bukit Tambun, Batu Kawan di sini, jam 7.40 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Superintendan Shafien Mamat berkata, ketika kejadian kesemua kenderaan itu dari arah Simpang Ampat.
Namun bas berkenaan dipercayai mengalami masalah kerosakan brek melanggar deretan kenderaan terbabit.

"Pemandu bas berkenaan dipercayai hilang kawalan hingga menyebabkan bas kilang itu melanggar deretan kenderaan di hadapannya yang ketika itu sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat.
Foto
BAS yang langgar kenderaan berkenaan dipercayai mengalami masalah kerosakan brek.

"Kami tidak menerima laporan berhubung kecederaan membabitkan pemandu atau penumpang lapan kenderaan berkenaan," katanya.

Bas berkenaan juga tidak membawa sebarang penumpang dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/11

No comments:

Post a Comment