Search This Blog

Wednesday, July 23, 2014

Lagak atendan pam


Oleh Asmah Rusman

Kuala Lumpur: Pemilik kenderaan yang mahu mengisi petrol di stesen minyak sekitar ibu kota dinasihati berwaspada berikutan muncul penjenayah yang menyamar sebagai pekerja stesen minyak.

Sumber polis berkata, suspek dipercayai penagih dadah dikesan berpeleseran dan berpakaian tidak ubah seperti pekerja stesen minyak untuk memperdaya mangsa.


Penjenayah dikatakan akan menegur pelanggan yang datang untuk mengisi minyak kenderaan mereka sebelum mengambil wang dan melarikan diri.

Dalam kejadian terbaru jam 12.50 tengah hari kelmarin, seorang pelanggan di sebuah stesen minyak di Bukit Damansara ‘bertegang urat’ dengan pekerja stesen berkenaan selepas dia mendakwa ditipu seorang daripada pekerja di situ.


Sumber polis berkata, mangsa memberitahu dia ditegur suspek yang menawarkan diri untuk mengisi minyak pada tangki keretanya.


“Mangsa yang tidak mencurigai suspek bersetuju dan menyerahkan wang tunai RM40. Mangsa menyangka suspek sedang mengisi minyak keretanya, namun dia terkejut apabila mendapati bacaan meter pada pam minyak tidak bergerak.

“Mangsa kemudian bertengkar dengan salah seorang pekerja di kaunter pembayaran di stesen minyak itu,” katanya.

Menurutnya, insiden kekecohan itu akhirnya dileraikan pengurus stesen minyak yang bersetuju memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang di pasang di sekitar stesen itu.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/23

No comments:

Post a Comment