Search This Blog

Wednesday, July 23, 2014

Kesan tapak kaki di dinding


Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

Kajang: Taktik seorang perompak bersembunyi di atas siling kedai bagi mengelak diberkas polis terbongkar susulan penemuan kesan tapak kaki penjenayah pada dinding premis terletak di Jalan J Avenue di sini.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi semalam, penjenayah memecah masuk premis urutan kaki dikatakan memanjat siling premis sejurus menyedari kehadiran polis.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, suspek berusia 24 tahun itu pada mulanya menceroboh masuk dan mengambil wang tunai RM500.

Menurutnya, penyelia premis yang menerima maklumat berhubung kejadian itu segera menghubungi polis sebelum bergegas ke lokasi.

“Siasatan awal mendapati suspek memecah masuk melalui pintu belakang dan meggeledah premis itu.



Anggota polis yang kebetulan melalui kawasan itu curiga melihat keadaan premis berkenaan sebelum melakukan pemeriksaan.

“Penjenayah terbabit yang panik memanjat dan bersembunyi di atas siling untuk mengelak daripada ditangkap,” katanya.

Beliau berkata suspek tidak menyedari tertinggal bukti kotoran tapak kaki pada dinding premis.

“Susulan itu polis meneruskan usaha mencari dan menemui suspek menyorok di atas siling.

“Suspek dikesan turut menceroboh dua premis lain iaitu pusat kecantikan dan agensi hartanah di kawasan berhampiran,” katanya, Beliau berkata, suspek kini direman sehingga 25 Julai bagi membantu siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/23

No comments:

Post a Comment