Search This Blog

Friday, July 11, 2014

Kerabat diraja ditahan kes bunuh model


Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein

Johor Bahru: Seorang kerabat diraja antara dua lelaki yang ditahan kelmarin, bagi membantu siasatan kes pembunuhan model sambilan Estonia, Regina Soosalu yang mayatnya ditemui di pantai Pulau Rawa, Mersing, 1 Julai lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Hasnan Hassan berkata, dua lelaki itu ditahan di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing pada jam 12.30 tengah malam kelmarin, sebelum dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Tinggi bagi mendapatkan perintah reman.


“Mahkamah membenarkan kedua-dua suspek direman sehingga 16 Julai ini mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah. Sehingga kini, tujuh suspek sudah ditahan bagi membantu siasatan,” katanya di sini, semalam.

Menurut Hasnan, seorang suspek berusia 27 tahun yang ditahan itu tinggal di Kuala Lumpur manakala seorang lagi lelaki berusia 30 tahun.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/11

No comments:

Post a Comment