Search This Blog

Wednesday, July 23, 2014

Kanak-kanak lima tahun maut dilanggar van


MUHAMMAD Haikal Khamram maut dilanggar sebuah van dipercayai semasa hendak melintas jalan di Jalan Bukit Sekilau di Kuantan, Pahang, semalam.
KUANTAN 22 Julai - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut setelah dilanggar sebuah van ketika mangsa dipercayai hendak melintas jalan di Jalan Bukit Sekilau di sini hari ini.
Insiden pada pukul 4.30 petang itu mengakibatkan mangsa, Muhammad Haikal Khamram mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, Asisten Supritendan Zainalabidin Othman berkata, sebelum kejadian, mangsa bersama ibunya dikatakan ke sebuah pasar raya di Bukit Sekilau.
"Kanak-kanak itu bagaimanapun keluar dari pasar raya tersebut tanpa pengetahuan ibunya lalu cuba melintas jalan. Pada masa sama, sebuah van dari arah Jalan Bukit Sekilau telah melanggar mangsa," katanya di sini hari ini.
Zainalabidin berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk bedah siasat.
Katanya, berikutan itu, polis telah menahan pemandu van berkenaan dan kenderaan tersebut juga telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan untuk siasatan lanjut.
Beliau meminta saksi yang berada di lokasi kejadian supaya menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140723/je_03/Kanak-kanak-lima-tahun-maut-dilanggar-van#ixzz38F1L7bpD
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment