Search This Blog

Wednesday, July 23, 2014

Kajol dijel 6 minggu, denda RM1,000


KAJOL ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gua Musang, Kelantan semalam.


GUA MUSANG – Penyanyi dikir barat popular Kelantan, Kajol yang tidak serik berlagak seperti seorang perempuan didenda RM1,000 dan dipenjara selama enam minggu oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.
Hakim Mahkamah Rendah Syariah Gua Musang, Zubaidi Sulaiman menjatuhkan hukuman tersebut setelah Kajol atau nama sebenarnya Mohd. Hafiz Jeffri, 28, mengaku salah melakukan perbuatan tersebut sambil menangis teresak-esak.
Ini merupakan kesalahan kali ketiga Kajol. Terdahulu, pada tahun 2010 dan 2011, Kajol didenda RM1,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah Pasir Mas dan Mahkamah Rendah Syariah atas kesalahan sama.
Mengikut pertuduhan, Kajol didakwa berlagak seperti perempuan dengan memakai baju perempuan berwarna hitam, bercoli hitam, bersubang dan membawa beg tangan.
Perbuatan itu didakwa dilakukan Kajol di tapak ekspo Felda Aring 6, ketika penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAIK) menyerbu tapak ekspo berkenaan pada pukul 11.45 malam, 7 Mei lalu hasil aduan orang ramai.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0723&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz38F8It9zU 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment