Search This Blog

Friday, July 4, 2014

Jasad anak kaku di kolam

Oleh Safuri Kamarudin

Baling: Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas lemas di sebuah kolam buatan sendiri di Kampung Keda Sadek, Kupang, dekat sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 4.30 petang, mangsa, Putera Aiman Abdullah, 8, dipercayai pergi ke kolam itu bersama adik perempuannya, Puteri Ainur, 6, dan seorang rakan perempuan adiknya. 
Ibu mangsa, Saiful Nurain Aziz, 29, berkata, dia menyedari kehilangan anak sulung daripada dua beradik itu selepas mencarinya di merata tempat, tetapi gagal menemuinya. 

“Saya menyedari kehilangan Putera Aiman pada jam 5 petang dan berusaha mencari di serata tempat yang sering dia bermain termasuk kawasan ladang estet berdekatan rumah.
Foto
SAIFUL Nurain mencium anaknya Putera Aiman Abdullah sebelum disemadikan.

“Tiba-tiba, hati saya tergerak untuk mencarinya di kawasan kolam kira-kira 50 meter dari rumah dan ternampak bajunya di kawasan itu.

“Melihat pada baju arwah, saya yakin dia masih bermain di situ. 

“Bagaimanapun, saya kemudian terkejut apabila melihat dia kaku di kolam itu,” katanya yang memberitahu Puteri Ainur dan rakannya tidak menyedari arwah terjatuh ke dalam kolam berkenaan. 


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/04

No comments:

Post a Comment