Search This Blog

Sunday, July 6, 2014

Isteri dikelar suami muda


SIBU 5 Julai - Seorang wanita berusia 52 tahun maut dikelar suaminya sendiri yang muda 30 tahun daripadanya dalam pergaduhan di rumah mereka di Flat Sibu Jaya, di sini semalam.
Kejadian menimpa wanita malang itu disedari jirannya setelah mendengar bunyi bising di rumah pasangan tersebut, kira-kira pukul 1 petang.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Zulkifli Hassan berkata, jiran mangsa yang berkejar ke rumah tersebut setelah mengesyaki berlaku sesuatu yang tidak diingini, terkejut melihat mangsa berlumuran darah di lehernya.
Beliau berkata, suami mangsa berusia 22 tahun cuba melarikan diri tetapi sempat dikejar dan ditangkap penduduk tidak lama selepas kejadian.
"Pemeriksaan mendapati mang sa sudah meninggal dunia di tempat kejadian. Polis masih menyiasat punca kejadian tetapi tidak menolak faktor cemburu menjadi motif pembunuhan," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Menurut Zulkifli, pasangan itu yang berkahwin pada 2012 mempunyai seorang anak lelaki berusia tiga tahun tetapi kanak-kanak itu tiada di rumah semasa kejadian.
Katanya, suspek yang bekerja sebagai operator jentera berat di Kapit dekat sini kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu di sini dan me nunggu untuk direman bagi siasatan lanjut esok.
Tambahnya, mayat mangsa yang merupakan seorang suri rumah telah dibawa ke Hospital Sibu untuk dibedah siasat.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140706/je_02/Isteri-dikelar-suami-muda#ixzz36dP7vtfa
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment