Search This Blog

Saturday, July 12, 2014

Hukuman bunuh diganti penjara


Beijing: China semalam meringankan hukuman mati terhadap ahli perniagaan Wu Ying yang pernah disenaraikan antara ahli perniagaan terkaya di negara itu kepada penjara seumur hidup bagi kesalahan menipu.

Wu, 33, seorang pendandan rambut menjadi kaya selepas membina empayar perniagaannya, dihukum mati pada 2009 selepas didapati bersalah menipu pelabur membabitkan wang berjumlah 380 juta yuan (RM195 juta).


Hukuman itu bagaimanapun dikritik orang ramai yang menganggapnya terlalu keras dan dianggap menyasarkan usahawan serta dilihat cara kerajaan China mengawal kebebasan dalam perniagaan.

Mahkamah Agung China menangguhkan hukuman itu selama dua tahun pada 2012.


Mengikut perundangan China, hukuman mati yang ditangguhkan boleh diringankan kepada penjara seumur hidup jika pesalah terbabit tidak melakukan kesalahan lain dalam tempoh penangguhan itu. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/12

No comments:

Post a Comment