Search This Blog

Saturday, July 12, 2014

Hentakan hampa


Klang: Dua lelaki yang mahu menyamun sebuah kedai emas di Persiaran Raja Muda Musa, di sini, petang kelmarin terpaksa pulang hampa apabila cermin ruang pameran premis berkenaan tidak pecah walaupun dihentak beberapa kali.
Dalam kejadian kira-kira 5.50 petang itu, dua lelaki berusia lingkungan 20-an itu meluru masuk ke dalam kedai emas berkenaan sambil mengacukan pisau ke arah pengawal keselamatan.
Sumber berkata, suspek kemudian mengarahkan pengawal keselamatan berusia 60-an itu untuk duduk di satu sudut kedai berkenaan selain meminta tiga pekerja kedai berkenaan untuk diam dan tidak melakukan apa-apa.

Menurutnya, seorang lagi suspek yang membawa tukul besi kemudian menghentak cermin ruang pameran yang mempunyai pelbagai barang kemas beberapa kali dengan harapan ia pecah dan seterusnya membolehkan mereka melarikan barang kemas itu.
Foto
CERMIN pamer barang kemas yang retak dihentak dalam cubaan samun, kelmarin.

Menurut sumber, selepas beberapa minit menghentak cermin itu, suspek bertambah berang kerana cermin ruang pameran hanya retak, namun tidak pecah sekali gus menyebabkan hasrat mereka untuk mendapatkan barang kemas tidak berjaya.


Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/12

No comments:

Post a Comment