Mohd Salleh (dua, kanan) menunjukkan kabel yang dirampas daripada suspek.
Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Mohd Salleh Abd Razak berkata, bagaimanapun suspek ditahan di Pencawang Celcom Parit Zing, Bukit Gambir ketika leka mencuri.
“Serbuan jam 12.30 malam dilakukan anggota Balai Polis Bukit Gambir dan menemui 148 batang kabel tersebut yang dianggarkan berharga RM15,000.
“Kesemua kabel dijumpai siap dipotong sepanjang setengah dan satu meter serta diisi dalam kereta,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang, semalam.
Beliau berkata, pihaknya turut menjumpai satu bilah parang dan alat pemotong kabel yang dipercayai digunakan ketika mencuri kabel tersebut.
“Siasatan awal mendapat suspek berusia 41 tahun itu positif dadah jenis syabu empat rekod lampau berkaitan dadah dan curi motosikal pada 2004, 2005, 2009 dan 2011.
“Dengan tertangkapnya suspek, polis dapat menyelesaikan beberapa kes kecurian kabel tahun ini dan disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya.
No comments:
Post a Comment