Search This Blog

Friday, July 4, 2014

Gengster disyaki bunuh bos Kastam ditangkap di Ampang


KESAN tembakan jelas kelihatan pada cermin penumpang hadapan kereta Nissan Murano dinaiki Shaharuddin yang maut ditembak di Lebuh Sentosa, Putrajaya.


KUALA LUMPUR – Usaha polis memburu pembunuh yang menembak mati Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim dalam kejadian di Putrajaya pada 26 April tahun lalu membuahkan hasil apabila pihak berkuasa berjaya menahan seorang lelaki yang merupakan suspek utama kes tersebut kelmarin.
Suspek utama yang berusia 30-an itu ditahan dalam satu serbuan oleh sepasukan anggota polis daripada Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dekat Bukit Indah, Ampang pada pukul 5 pagi kelmarin.
Menurut sumber, polis turut menahan tiga lagi suspek berusia berusia 30-an dan 40-an dalam serbuan berasingan di Batu Caves, Gombak.
“Suspek kemudian membawa polis ke sebuah rumah di Rawang dan menunjukkan pakaian yang dipercayai digunakan oleh lelaki yang menembak Shaharuddin.
“Keempat-empat suspek kini ditahan reman selama tujuh hari mulai semalam (kelmarin) bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0704&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz36RkmvSyy 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment