Search This Blog

Saturday, July 12, 2014

Filipina: Enam tentera terkorban akibat ditembak rakan sendiri


MANILA 11 Julai - Hasil siasatan tentera Filipina semalam mendapati, enam anggota tentera elitnya terkorban akibat ditembak rakan sendiri, dan bukannya anggota pelampau agama seperti yang dilaporkan, berikutan pertempuran di wilayah selatan negara ini, bulan lalu.
Ketua tentera Filipina, Jeneral Emmanuel Bautista akan memutuskan sama ada dakwaan akan dikemukakan terhadap anggota marin yang bertanggungjawab melepaskan tembakan yang turut menyebabkan 13 anggota yang lain tercedera.
Kejadian itu berlaku ketika pertempuran pada 19 Jun lalu dengan kumpulan militan Abu Sayyaf di wilayah Sulu, menurut jurucakap tentera, Leftenan Kolonel Ramon Zagala. - AP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140711/lu_01/Filipina-Enam-tentera-terkorban-akibat-ditembak-rakan-sendiri#ixzz37CdPQMlt
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment