Search This Blog

Sunday, July 6, 2014

Empat tentera cedera bertempur dengan Abu Sayyaf


COTABATO, Filipina 6 Julai - Sekurang-kurangnya empat orang anggota tentera tercedera selepas mereka bertempur dengan kumpulan militan Abu Sayyaf di wilayah Sulu, selatan negara ini, semalam.
Agensi berita Xinhua memetik Brigadier Jeneral, Martin Pinto berkata, pertempuran tersebut berlaku di bandar Patikul apabila anggota keselamatan mengekori ahli kumpulan berkenaan yang lengkap bersenjata.
Tentera yang cedera kini berada dalam keadaan stabil selepas mereka menerima rawatan di hospital tentera di Zamboanga City.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140706/lu_01/Empat-tentera-cedera-bertempur-dengan-Abu-Sayyaf#ixzz36dOesKm8
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment