Search This Blog

Wednesday, July 23, 2014

Empat didakwa perdagang wanita


MELAKA 22 Julai - Empat termasuk sepasang suami isteri masing-masing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memperdagangkan seorang wanita tempatan, dua minggu lalu.
Lee Ah Kok, 62, M. Machappu, 58, dan M. Rajendran, 31, serta isterinya, T. Tamil Selvi, 25, didakwa mengeksploitasi dengan tidak membayar serta mengehadkan pergerakan S. Mathamasiny, 22, dan disifatkan sebagai pemerdagangan orang.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah kedai di nombor 88A Jalan Seri Krubong 2, Taman Seri Krubong di sini pada pukul 1.30 petang, 8 Julai lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan boleh dikenakan denda.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, M. Rebecca.
Hakim Ahmad Sazali Omar menetapkan jaminan RM10,000 bagi setiap tertuduh sementara menunggu sebutan kes pada 22 Ogos ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140723/ma_05/Empat-didakwa-perdagang-wanita#ixzz38F077tj9
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment