Search This Blog

Saturday, July 12, 2014

Dua lemas ketika cuba memasuki Greece


ATHENS 12 Julai - Sekurang-kurangnya dua orang dilaporkan lemas manakala berpuluh-puluh yang lain dikhuatiri hilang selepas sebuah kapal yang dinaiki pendatang tanpa izin tenggelam di Pulau Samos di timur Aegen ketika cuba memasuki Greece, semalam.
Menurut pengawal pantai, 13 orang penumpang lain termasuk seorang wanita berjaya diselamatkan berhampiran Kalavasi.
Tiga bot pengawal pantai, sebuah kapal tentera laut dan sebuah helikopter terlibat dalam misi mencari dan menyelamat. - dpa


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140712/lu_01/Dua-lemas-ketika-cuba-memasuki-Greece#ixzz37CbAhyuP
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment