Search This Blog

Saturday, July 12, 2014

Dua lagi tewas


Oleh Betty Subaryati

Kota Bharu: Sehingga semalam, dua lagi individu di Kelantan maut akibat deman denggi, menjadikan jumlah keseluruhannya mencecah enam orang.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata, mangsa terbaru itu dilaporkan meninggal dunia minggu lalu.

“Kematian mereka sudah pun disahkan Kementerian Kesihatan berpunca daripada denggi,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Tanpa memperincikan maklumat kematian itu, Dr Ahmad Razin berkata pihaknya akan terus bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi membasmi penularan wabak denggi yang kini memasuki gelombang kedua.

Katanya, usaha ditumpu kepada kawasan panas kebanyakannya di bandar ini, Tumpat, Bachok dan Tanah Merah, dengan khidmat agensi lain dikerahkan untuk aktiviti cari dan musnah tempat pembiakan Aedes mulai esok.

“Pasukan ini adalah khidmat bantuan yang membabitkan 100 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Pertahanan Awam Negeri Kelantan (JPAM) dananggota Ikatan Relawan Malaysia (RELA) Daerah Kota Bharu.

“Dalam pada itu kita terus berharap masyarakat bekerjasama menjaga kebersihan persekitaran rumah masing-masing dalam usaha kita mengurangkan pembiakan Aedes,” katanya.

Difahamkan, tanpa kesedaran dan kerjasama daripada orang ramai menjaga persekitaran tempat tinggal mereka, usaha membasmi sarang aedes sukar dibendung.

Sejak Januari sehingga Ahad, 2,898 kes demamm denggi dilaporkan di seluruh negeri Kelantan, meningkat 327.4 peratus berbanding hanya 678 kes untuk tempoh sama tahun lalu.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/12

No comments:

Post a Comment