Search This Blog

Friday, July 11, 2014

Dua lagi suspek ditahan polis



LOKASI Pulau Rawa yang terletak di Mersing, Johor. Gambar kecil, Regina Soosalu.


JOHOR BAHRU - Polis menahan dua lagi lelaki semalam bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan model sambilan warga Estonia, Regina Soosalu, 30, yang dijumpai mati di Pulau Rawa, Mersing dekat sini pada 1 Julai lalu.
Setakat ini sebanyak tujuh suspek ditahan berhubung kes tersebut.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Hasnan Hassan, kedua-dua lelaki terbabit masing-masingnya berusia 27 hingga 30 tahun itu ditahan di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing pada pukul 12.30 tengah malam tadi.
Katanya, kedua-dua suspek yang tinggal di Kuala Lumpur telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Tinggi di sini untuk mendapat perintah reman hingga 16 Julai ini.
"Penahanan mereka dibuat bagi membantu siasatan kes berkenaan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Difahamkan, kesemua mereka yang ditahan itu merupakan kenalan mangsa dan sebahagiannya pekerja pusat peranginan di pulau berkenaan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0711&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz376rtLDBE 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment